1.
MEMBASUH TANGAN
Membasuh
tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum.
Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh
dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis
yang menyebut:
“Bahawa
Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan
baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)
Satu
lagi hadis menyebut:
“Bahawa
Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka
baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan
maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”
2.
MEMBACA BISMILLAH
Nabi
SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai
kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)
Ini
merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.
3.
BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah
digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu
tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah
SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan
sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)
4.
MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah
SAW bersabda:
“Apabila
salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan
apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana
sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan
kirinya.” (HR Muslim)
5.
MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah
SAW bersabda:
“Apabila
seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan
yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada
bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada
puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)
6.
TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi
SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan
sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)
Juga
digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua
telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh
bertempoh) atau bersila.
Kurang
digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya
selesa dan tempoh makannya menjadi lama.
7.
TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu
Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah
sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda
berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda
meninggalkannya.” (HR Bukhari)
8.
BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa
makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan
tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
9.
MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir
b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila
suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia
membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia
meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)
10.
TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu
Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas
minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)
11.
TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi
SAW bersabda:
“Orang
mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan
menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)
12.
LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim
meriwayatkan daripada sumber bapanya:
“Bahawa
Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.” (HR Ibnu
Maajah)
13.
UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat
satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
“…
Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)
Oleh
itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata
seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.
14.
MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah
SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW
bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan
kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)
Di
dalam hadis lain menyebut:
“Apabila
salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya
(dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR
Bukhari)
15.
LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis
menyebut:
“Apabila
telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga
diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti
makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai
makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki
itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali
dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)
16.
MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat
beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut
digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada
kita).
17.
MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi
SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia
tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela
melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Orang
yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan
ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang
tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.
18.
MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis
menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW;
sedang di sebelah kanan baginda ada seorang Arab desa dan di sebelah kiri
baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda
memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah
(disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah
kanan.”” (HR Bukhari dan Muslim)
19.
PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam
hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya
pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)
20.
LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis
menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya
akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)
Ilmuan
Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama
ada bagi lelaki ataupun perempuan.
Wallahu
a’lam
(EK)










Tidak ada komentar:
Posting Komentar